WELCOME TO BOYZ-N-GURLZ COLLECTIONS ...!!!

As a full-time working mom, I know how difficult shopping can be for the little one. Catching up between work and house chores, handling kiddos and babies while shopping can be a little bit challenging. So, this place is created to ease everything just on your fingertips at absolutely anytime at your own convenience!

HAPPY SHOPPING & PLEASE COME BACK :)




ORDER FORM

SERIOUS BUYER ONLY, PLEASE...
Name:
Email Address:
Handphone No:
List of Items:
Payment Method: Maybank
CIMB
Delivery Method:
Delivery Address:
I agree with all the Terms & Conditions of Boyz-N-Gurlz Collections Yes
No

This HTML form was created by Freedback.
IMPORTANT NOTE REGARDING BABYGAP PYJAMAS:

For child's safety, garment should fit snugly. This garment is not flame resistant. Loose fitting garment is more likely to catch fire.

(Bagi tujuan keselamatan anak anda, pyjamas ini harus di pakai secara muat dan kemas. Ini kerana kain ini bukanlah kalis api. Pyjamas yang dipakai longgar lebih terdedah kepada bahaya disambar api)

Saturday, May 15, 2010

TUDUNG FOR YOUR GURLZ...

Boyz-N-Gurlz Collection ingin memperkenalkan koleksi tudung untuk si cilik anda. Tudung berwarna warni dalam konsep ceria ini pasti memikat anak anda untuk memakainya, sekaligus memudahkan anda memperkenalkan mereka kepada konsep pakaian muslimah pada usia muda.

Kain yang lembut dan sejuk, pasti membuatkan si cilik anda kemas, ceria dan selesa sepanjang masa. Datang dalam pakej free-size, tudung ini sesuai untuk si manja anda yang berusia lingkungan 3-6 tahun. Model yang memperagakan tudung ini berusia 5 tahun.

Kami menawarkan tudung ini pada harga RM8 sehelai atau RM15 untuk dua helai. Sila hubungi kami di norafesa79@yahoo.co.uk untuk sebarang pertanyaan, atau isikan borang online untuk pembelian. Kami akan kembali kepada anda secepat mungkin.

CEPAT…CEPAT...CEPAT…!!!! SEBELUM KEHABISAN STOK…!!!



TKK10001
Si comel ayu menggayakan tudung berwarna oren dengan ruffle peach, sulam bunga emas dan hiasan warna-warni serta motif rerama di awning.


TKK10002
Manis si cilik memperagakan tudung peach dengan ruffle oren, sulam bunga emas dan hiasan manik warna-warni diserikan motif rerama di awning.
TKK10003
Gaya ayu muslimah kecil menggayakan tudung berwarna koko, dengan ruffle putih. Kali ini dihiasi sulam bunga perak, rerama pink dan manik aneka warna. Pasti anak anda menyukainya...!!!

TKK10004
Warna merah jambu ceria untuk anak dara sunti anda, pasti nampak berseri dan ceria selalu sesuai dengan usia 3-5 tahun yang aktif. Sulam bunga emas, motif rerama ungu dan hiasan manik aneka warna dijahit pada awning menyerikan lagi penampilan anak anda.

TKK10005
Penampilan lain dari yang lain bagi tudung berasaskan warna putih. Menaikkan seri wajah comel anak anda dengan warna pink. Awning putih diceriakan dengan sulaman bunga emas, motif rerama dan manik halus warna-warni yang dijahit kemas.


TKK10006

Tudung berasaskan warna pink lembut, sesuai untuk semua tona kulit si comel anda. Anak gadis kecil anda pasti menyukai warna ini kerana teringatkan warna Barbie. Tudung ini diceriakan lagi dengan sulaman bunga emas, motif rerama dan jahitan manik warna-warni pada awning.

TKK10007
Bagi penggemar warna kedamaian, tudung biru beropol kuning ini pasti memenuhi citarasa. Sejuk mata ibu memandang si kecil menggayakan tudung berwarna biru ini, dihias cantik manik warna-warni, rerama pink dan sulaman bunga emas pada awning tudung ini.


TKK10008
Gabungan biru-kuning 'vice versa' TKK10007, pasti banyak mata yang terpesona dengan gaya si cilik anda. Awning kemas mengelakkan rambut anak anda terkeluar, dihiasa sulaman bunga emas, motif rerama dan jahitan manik aneka warna.

TKK10009

Siapa kata hijau tak menarik digayakan oleh si kecil? Asal pandai dipadankan, pasti menarik pandangan mata. LIhat saja model kecil ini, sungguh damai wajahnya apabila mengenakan gabungan warna hijau olive-kuning. Awning terletak kemas dihiasi sulaman bunga perak, rerama pink dan manik warna-warni.

TKK10010
Aksi model cilik memperagakan tudung kuning air beropolkan hijau olive. Manis dan sesuai dipakai dengan baju tradisional maupun moden (jeans & skirt labuh)... kemas dan cantik dengan awning dihiasi kemas sesuai dengan usia si cilik anda.

SEMOGA KOLEKSI PENGENALAN YANG DITAMPILKAN DI BOYZ-N-GURLZ COLLECTION INI MAMPU MEMBANTU ANDA SEMUA MEMILIKI TUDUNG YANG CANTIK & MENARIK DIGAYAKAN OLEH SI KECIL ANDA. STOK KAMI ADALAH TERHAD. CEPAT..CEPAT SEBELUM KEHABISAN...!!! HUBUNGI KAMI DI norafesa79@yahoo.co.uk UNTUK KETERANGAN LANJUT. BOYZ-N-GURLZ COLLECTION MENDOAKAN AGAR PENAMPILAN INI MAMPU MEMBERI INSPIRASI DALAM MENDIDIK ZURIAT KITA AGAR MENJADI MUKMINAH SEJATI KELAK, INSYA ALLAH. TERIMA KASIH, DAN SELAMAT MEMBELI-BELAH...!!!

No comments:

Post a Comment